OPERASI SANITASI AWAM BANDAR MUAR, JANGKITAN COVID-19 SEBANYAK 40 KES.

...

MUAR, 13 April 2020 Bilangan kes jangkitan Covid-19 di daerah Muar semakin bertambah dan sebanyak 40 kes telah direkodkan setakat 11hb April. Beberapa agensi kerajaan telah berkerjasama melaksanakan semburan sanitasi awam di Bandar Muar malam tadi. Agensi yang terlibat dalam program tersebut adalah Jabatan Kesihatan Muar, Majlis Perbandaran Muar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, SWM dan PDRM. Operasi semburan sanitasi bermula sejak 8.30 malam. Semburan melibatkan semua jalan sekitar Bandar Muar termasuk Jalam Sulaiman, Jalan Maharani sehingga Jalan Arab dan Jalan Yahya. Setakat jam 5.00 petang semalam, jumlah kes jangkitan Covid-19 bagi daerah Muar mencatatkan sebanyak 40 kes iaitu Bukit Kepong (2 kes), Lenga (3 kes), Jorak (13 kes), Sungai Raya (1 kes), Bakri (2 kes), Bandar Muar (12 kes), Parit Bakar (4 kes), Parit jawa (1 kes) dan Sri Menanti (2 Kes).

http://