24 PUSAT KUARINTIN BEROPERASI - TEMPATKAN 2082 PESAKIT, 1792 MASIH KOSONG

...

JOHOR BAHRU, 11 April 2020 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan memaklumkan bahawa terdapat 24 buah pusat kuarantin telah beroperasi di negeri Johor setakat pada 10 April. Sehingga kini, terdapat seramai 2,082 orang pesakit yang ditempatkan di pusat kuarantin berkenaan yang mampu menampung seramai 3,874 orang pesakit. BARANGAN KEPERLUAN HARIAN MENCUKUPI Beliau dalam kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa pemeriksaan barangan keperluan harian telah dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di seluruh negeri Johor. Sehingga 8 April lalu, sebanyak 1,300 premis perniagaan telah diperiksa membabitkan 1,300 kedai runcit, 86 pemborong dan 44 unit pengkilang. Pihak penguatkuasa akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi kesalahan dan penetapan harga pasaran. Dalam pada itu, Vidyananthan turut memaklumkan bahawa pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersama agensi berkaitan telah melaksanakan Operasi Sanitasi Awam membabitkan 520 lokasi di seluruh negeri Johor bermula pada 28 Mac sehingga 10 April. Antara agensi yang terlibat menjayakan operasi tersebut adalah seperti SWCorp, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, SWM Environment, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, seramai 523 kes positif COVID-19 direkodkan di negeri Johor setakat hari ini dengan tiada penambahan kes kematian dicatatkan. Manakala, seramai 43 orang pesakit yang dirawat telah dibenarkan keluar dari hospital dan menjadikan jumlah pesakit yang pulih di negeri Johor adalah seramai 277 orang.

http://