GALAK GUNA PINGAT DIPERBUAT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA - KPKT

...

Johor Bahru, 24 June 2023

Penganjur acara larian digalak menggunakan pingat yang diperbuat daripada bahan kitar semula, bagi memperkasa budaya mengitar semula dalam negara.

Ia susulan insiatif Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar menggunakan pingat diperbuat daripada penutup botol plastik, bagi larian dianjurkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata program larian Lestari Fun Run and Ride berjaya mengumpul 10,000 botol plastik, daripada 1,000 peserta.

Pendekatan itu menyokong usaha kerajaan mengurangkan janaan sisa plastik di tapak pelupusan, seterusnya menyumbang kepada kadar kitar semula kebangsaan.

"Kalau nak kira sasaran, memang kita sasarkan dari segi kadar kitaran itu 40 peratus menjelang 2025, jadi ketika ini negara kita pada kadar 34 peratus, jadi bagi saya kesedaran ini perlu kita teruskan," katanya selepas menyertai larian lima kilometer Lestari Fun Run and Ride, di sini pada Jumaat.

Penutup botol plastik yang dikumpul daripada peserta program akan digunakan semula untuk membuat pingat bagi anjuran akan datang.

Selain itu, peserta juga memperoleh mata ganjaran KITARecycle, daripada berat botol plastik yang dikumpul mereka.