SWCORP BERI PENGHARGAAN KEPADA 5 PEKERJA SWM

...

Melaka, 20 June 2023

Lima pekerja pembersihan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dipilih untuk menerima anugerah pada Majlis Kecemerlangan Pekerja Pembersihan Peringkat Negeri Melaka anjuran SWCorp Negeri Melaka yang diadakan di Dewan Kasturi, Kompleks JAPERUN Ayer Keroh sempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan pada tahun ini.

“Sambutan Hari Pekerja Pembersihan ini adalah satu pengiktirafan kepada semua pekerja pembersihan kita. Mereka telah bertungkus lumus memastikan kebersihan dan keselesaan rakyat Malaysia untuk menikmati kawasan yang bersih dan selesa. Masyarakat perlu sentiasa menghargai setiap keringat para pekerja pembersihan yang juga dianggap sebagai pekerja barisan hadapan dalam memastikan

persekitaran yang bersih,” kata Mohd Norlisam Bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment.

Tambah beliau, anugerah ini bukan sahaja memberi pengiktirafan dan galakan motivasi kepada penerima malah akan menjadi dorongan kepada rakan sekerja yang lain dalam melakukan kerja pembersihan. Pihak syarikat akan terus menyediakan tenaga kerja pembersihan yang berkualiti bagi memenuhi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan.

Lima anugerah disediakan iaitu Anugerah Khas Pekerja Pembersihan Negeri Melaka menjadi milik Zaiton binti Abdul Latif yang juga Ketua Pekerja Rendah Am SWM Environment.

Bagi Anugerah Tokoh Pekerja Pembersihan Cawangan pula menjadi milik Hamile bin Hassin (Cawangan Melaka Bandaraya Bersejarah), Mohd Raduan bin Kadir (Cawangan Hang Tuah Jaya), Ahmad Zamri bin Abdul Hamid (Cawangan Alor Gajah) dan Wan Mohamad Aswadi bin Wan Umar (Cawangan Jasin).

Kesemua anugerah ini disampaikan oleh Yang Berhormat Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Tuan Khairuladha Ab Mutalib.