AKTIVITI PERTANIAN PUNCA SUNGAI LEREH TERCEMAR

...

Melaka, 12 June 2023

Kerajaan negeri mengenal pasti masalah pencemaran di Sungai Lereh dan beberapa anak sungai lain yang airnya bertukar menjadi kehitaman dipercayai berpunca daripada kegiatan pertanian dan pengurusan sisa pepejal yang tidak teratur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong, berkata isu pencemaran sungai itu terus berlaku di Klebang walaupun beberapa aduan sudah dibuat orang ramai kepada pihak berwajib.

“Kita menerima beberapa aduan sejak tempoh enam bulan pertama tahun ini dan melihat masalah itu seperti sudah selesai, tetapi dalam tempoh jangka masa tertentu ia berulang semula, sekali gus menjadikan isu pencemaran ini tidak dapat diselesaikan.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sudah mengambil sampel air untuk melakukan ujian. Tindakan tegas perlu diambil, termasuk mendakwa pihak yang terbabit kerana melakukan pencemaran yang menimbulkan permasalahan, terutama kepada nelayan di sekitar Klebang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program 360 Waste Solution anjuran SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) bersama Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam di Bukit Rambai, semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin serta Dekan Penyelidikan dan Inovasi

Keratan akhbar BH, 20 Februari lalu.

Bang Hong (kanan) menanam pokok sempena program 360 Water Solution di Bukit Rambai, semalam.

Kolej Pengajian Kejuruteraan UITM Shah Alam, Prof Dr Aidah Jumahat.

Bang Hong berkata, beliau juga akan membawa isu pencemaran itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak lama lagi.

“Ia bertujuan bagi memastikan semua pihak, terutama kerajaan negeri, kementerian yang terbabit serta pihak berkuasa negeri memandang serius mengenai isu ini.

“Penyelesaian lengkap perlu dilaksanakan bagi menjamin punca pencarian dan pendapatan nelayan di sini dan sekiranya pencemaran sungai ini jika tidak dihentikan, dibimbangi tahap pencemaran alam sekitar tidak dapat dipulihkan,” katanya.