PEKERJA PEMBERSIHAN JUGA ADA SIJIL KEMAHIRAN

...

Seremban, 16 June 2023

Pekerja pembersihan juga ada sijil kemahiran Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, pentauliahan sejak tahun 2019 itu melalui Skim Latihan Dual Negara (SLDN) iaitu sijil pentauliahan berdasarkan cara kerja sistematik dan sempurna.

“Dengan adanya inisiatif sebegini, kita tidak hanya meningkatkan kualiti hidup pekerja pembersihan malah juga meningkatkan keupayaan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan dan cekap. “Latihan bagi memastikan mereka (pekerja pembersihan) ini mengikuti latihan dan peperiksaan selama enam bulan pada setiap hujung minggu.

“SLDN mengiktiraf mereka (pekerja pembersihan) agar mereka mempunyai kemahiran untuk menggunakan mesin jentera atau memotong rumput. Kesemua modul latihan tersebut mendapat kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran,” katanya. headtopics.com

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Pembersihan di Depoh SWM Environment di sini hari ini. Dalam pada itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, sehingga kini, seramai 145 orang pekerja syarikat itu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah berjaya mendapat sijil pentauliahan berkenaan.