BATU PAHAT DISENARAI DALAM ZON MERAH: SANITASI AWAM DILAKUKAN DI KAWASAN TUMPUAN ORANG AWAM

...

BATU PAHAT, 08 April 2020 Operasi Sanitasi Awam Covid-19 secara besar-besaran di sekitar kawasan Bandar Batu Pahat, Tongkang Pecah dan Parit Yaani telah dilakukan pada hari ini disini. Operasi ini juga dilakukan di Pasar Awam dan kawasan tumpuan orang awam. Sehingga hari ini, Jangkitan Covid-19 di Daerah Batu Pahat telah mencecah sebanyak 47 kes. Setakat hari ini tiada kes tambahan direkod, tetapi masih dalam senarai Zon Merah. Oleh yang demikian, Pihak berwajib mengadakan semburan sanitasi ini secara berterusan di tempat tumpuan orang awam sehingga 14 April ini. Operasi sanitasi hari ini melibatkan seramai 50 orang terdiri dari SWCorp, SWM Environment, MPBP, MDYP, Jabatan Kesihatan Batu Pahat, JBPM, PDRM dan Rela. Ini adalah tindakan susulan dan perlaksanaan fasa kedua dari program yang telah dilaksanakan di Sri Gading sebelum ini. Kawasan yang terlibat pada hari ini adalah Bandar Batu Pahat, Tongkang Pecah dan Parit Yaani. Program dimulakan pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Selain daripada membuat semburan jalan dari jentera lori waterjet, terdapat juga aggota yang lengkap uniform PPE membuat semburan di bangunan jabatan kerajaan dan rumah rumah kedai. Lokasi semburan sanitasi pada hari ini termasuk Bangunan Jabatan Bomba, Balai Polis Daerah, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, JPS, Pejabat Pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pejabat Pos, Pejabat Kesihatan, Banguan MPBP, JKR, Mahkamah, Pejabat Pendidikan dan Pejabat Penerangan.

http://