SWM ENVIRONMENT MENJALANKAN AKTIVITI MEMBINA ECOBRICK DI SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN SISA PEPEJAL

...

Johor, 22 May 2023

Muar, 22 Mei – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) SWM Environment dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bekerjasama mewujudkan program Jelajah Sekolah Angkat Wira Lestari (JESAWIL) 2023 yang melibatkan 30 buah sekolah di kawasan Muar dan Tangkak.

Ecobrick merupakan sebuah botol plastik yang diisi dengan sisa pepejal yang tidak boleh terurai, ia juga boleh diisi dengan tanah dan sisa pepejal yang lain.  Penghasilan Ecobrick ini telah dikenalpasti sebagai salah satu dari kaedah untuk menyelesaikan masalah peningkatan pembuangan sisa plastik ke tapak pelupusan.

Melalui pertandingan ini, sebanyak 1,500 unit botol ecobrick berjaya dikumpulkan dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Menurut Ts. Dr. Roslinda Binti Ali, Pengarah JESAWIL 2023 “Institusi pendidikan merupakan medium utama dalam mencorakkan pembelajaran dan pengajaran tentang pengurusan sisa pepejal yang efektif memandangkan golongan ini merupakan pelapis dan bakal menguruskan negara di masa hadapan.  Para pelajar dididik dan didedahkan dari peringkat awal dan menjadikan amalan pengasingan sisa ini sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka”. 

Tambah beliau “apabila mereka telah terbiasa dengan budaya baharu ini, sudah pasti mereka akan berjaya mempengaruhi keluarga dan sanak-saudara untuk bersama mengamalkan amalan ini dan mengambil kira aspek ini dalam mengurus tadbir negara di masa hadapan dan menjadikannya sebagai amalan gaya hidup baharu dalam masyarakat”.

Tujuan ecobrick dipertandingkan kerana melalui pendidikan dan pendedahan mengenai amalan pengasingan sisa di punca secara amnya dan pembuatan botol plastik ecobrick perlu diberikan kepada masyarakat terutamanya para pelajar sejak dari awal agar mereka bukan sahaja dapat didedahkan kepada kepentingan memelihara alam sekitar malahan mengamalkan amalan pengasingan sisa dan 3R di dalam kehidupan seharian mereka.