GOTONG-ROYONG BERSIHKAN TAMAN PERMAINAN JALAN BIRU MUDA

...

Johor, 13 May 2023

(JOHOR BAHRU, 13 MEI) Seiring dengan matlamat pihak Kerajaan Negeri Johor melalui Johor Bersih, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Stulang, Andrew Chen Kah Eng tampil melancarkan Program Gotong-Royong yang melibatkan penduduk berbilang kaum di kawasan DUN beliau dengan aktiviti pertama diadakan bagi membersihkan Taman Permainan Jalan Biru Muda, Taman Pelangi, di sini.

Difahamkan, Taman Permainan Jalan Biru Muda adalah tempat tumpuan komuniti penduduk setempat seperti warga emas, belia dan kanak-kanak terutama pada waktu petang. Oleh itu aktiviti gotong-royong di kawasan tumpuan penduduk tersebut diadakan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan penduduk setempat.

Program tersebut turut mendapat sokongan daripada pihak SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) yang menyediakan tong sampah besar bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti gotong-royong pembersihan taman permainan berkenaan.

Turut hadir semasa program tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.