LEBIH DARIPADA 1,000 PEKERJA DAN LEBIH 100 BUAH LORI SAMPAH DIGERAKKAN OLEH SWM ENVIRONMENT SEMASA SYAWAL

...

Seremban, 21 April 2023

(Seremban, 20.04.2023) SWM Environment Negeri Sembilan akan meneruskan pengoperasian sepanjang bulan Syawal dengan menggerakkan lebih 1000 pekerja dan lebih 100 buah lori sampah untuk melaksanakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dalam Strategi Operasi Hari Raya.

Exco Negeri Sembilan, Teo Kok Seong menyatakan dalam sidang media Strategi Operasi Hari Raya bahawa SWM Environment telah mengenal pasti strategi yang dapat menangani peningkatan sisa pepejal semasa sambutan perayaan Hari Raya termasuklah memfokuskan kepada 19 buah lokasi hari Mantai, 33 buah pasar awam,  12 pasar tani, 45 bazar Ramadan, 14 bazar Hari Raya, 43 buah pasaraya/ pusat beli belah, 51 buah lokasi tong pusat, 40 lokasi flat/ apartment, 14 kem tentera, 10 buah lokasi pantai dan pusat pelancongan di 8 buah daerah  di Negeri Sembilan.

Anjakan Jadual Kutipan Sampah Pada 23 Haribulan di Beberapa Lokasi.

Beliau memberitahu bahawa ada beberapa lokasi di Seremban, Rembau dan Tampin yang dijadualkan kutipan asal pada 22 April (Sabtu) telah dianjakkan ke 23 April (Ahad). Beliau berterima kasih kepada SWM Environment Negeri Sembilan kerana telah menyediakan strategi bagi memastikan kutipan sampah berjalan sepanjang sambutan perayaan tidak terjejas dan pekerja masih bertugas.

“SWM Environment mempunyai sejumlah 1,949 pekerja. Pada Hari Raya pertama (22 April), 1,091 pekerja telah diaturkan untuk bertugas dan pada Hari Raya kedua (23 April), 431 orang pekerja meneruskan tugas. Bagi sub-kontraktor, 130 orang pekerja bertugas pada Hari Raya pertama dan 4 orang bertugas pada Hari Raya kedua.”

Beliau menyatakan bahawa sejumlah 170 buah kenderaan kutipan sampah di Negeri Sembilan dan berdasarkan keperluan lori sampah pada waktu puncak, 162 lori sampah akan beroperasi pada Hari Raya pertama dan 16 buah lori sampah pada Hari Raya kedua. Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, mereka boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472, 06-6014276/4278/4280 atau WhatsApp di 012-6180082.

Tambahnya lagi, SWM Environment turut mengadakan kempen Jom KITARecycle, Jom Raya bermula 1 April hingga 31 Mei 2023 dan terbuka kepada ahli KITARecycle dan organisasi untuk menyertainya. Lebih daripada 20 jenis barangan kitar semula boleh dikitar semula.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan pengasingan sisa pepejal dan membuang sampah didalam tong ssampah yang disediakan oleh SWM Environment. Sepanjang sambutan perayaan sama ada di kawasan bandar atau kampung, adalah penting untuk memastikan kebersihan alam sekitar dan bertanggungjawab menjaga persekitaran dalam kawasan kejiranan atau komuniti.