SAMPAH DITANAM TELAH DIGALI KELUAR (SWM ENVIRONMENT BERJANJI MENYIASAT PERKARA INI)

...

Melaka, 23 May 2023

(Melaka, 23 Mei) SWM Environment terus mengambil tindakan selepas menerima aduan pengorekan tanah dan terus menggali tapak sampah bagi memindah keluar sampah yang ditanam dan SWM berjanji akan menyiasat perkara ini.

Ini adalah susulan aduan minggu lalu di Taman Seri Gadong di mana seorang pengadu telah merakam video kontraktor menggunakan JCB mengorek tanah bagi menanam sampah.

Berkenaan dengan tong sampah sebanyak empat unit untuk digunakan penduduk kampung tetapi didapati kapasiti tidak mencukupi bagi menampung sampah sehingga terdapat banyak sampah di sekeliling tong.

Pengadu merakam video adalah kerana khuatir sampah yang ditanam akan mencemarkan sungai dan juga menyebabkan bau busuk. Disebabkan itu beliau telah mengadu kepada Ahli Majlis MCA, Lim Chen Hong.

SWM telah menghubungi China Press dan Mr Lim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan aduan berkenaan dan SWM terus mengambil tindakan pada petang dengan jentera JCB bagi menyelesaikan aduan berkenaan.

Mr Lim berkata Pegawai SWM telah menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan dan pada masa yang sama SWM bertindak menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika kerja-kerja pengorekan semula mendapati terdapat sampah yang dibawa keluar sebelum tanah diratakan semula.

Beliau berkata, pihak SWM memaklumkan pihak syarikat berkenaan memang tidak membenarkan sebarang pengorekan dan melupuskan sampah dan akan mengambil tindakan menyisat perkara ini dan memastikan ia tidak lagi berulang.

SWM telah menyelesaikan aduan ini termasuk membersihkan sampah-sampah di sekeliling dan beliau berharap SWM akan memastikan kebersihan kawasan persekitaran.