20 SERTAI AKTIVITI MENGUTIP SAMPAH SWM BERSAMA AGENSI DI JONKER STREET

...

Melaka, 22 May 2023

(Melaka, 22 Mei) SWM Environment menganjurkan Program Plogging SWM Environment Bersama Agensi di sekitar kawasan pelancongan Bandar Hilir disertai kira-kira 20 pegawai dan kakitangan dari beberapa agensi antaranya SWCorp, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jawatankuasa Jonker Street Melaka serta kontraktor pembersihan.

Program bertujuan meninjau tahap kebersihan sekitar kawasan pelancongan sambil melakukan aktiviti 'plogging' di sekitar kawasan tumpuan pelancong, Jonker Street.

Turut sama pada program itu Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Tn Khairuladha Ab Mutalib, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Pengurus Operasi Wilayah SWM Environment Melaka, Mr Khaw Su Aun.

Para peniaga dan penjaja khususnya di kawasan pelancongan disaran supaya menguruskan sisa dengan sempurna bagi memastikan imej Bandaraya Melaka sebagai lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara sentiasa terpelihara.