89 KAWASAN TUMPUAN DEMI KESELESAAN PENDUDUK SETEMPAT

...

Melaka, 15 April 2023

14 April – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) memberi tumpuan khas operasi di 89 lokasi hotspot tong sampah berpusat bermula 17 April sehingga 24 April ini.

89 lokasi hotspot itu merangkumi kawasan berkepadatan tinggi penduduk dan tumpuan pelancong membabitkan 53 lokasi di daerah Melaka Tengah, 15 di Alor Gajah dan 21 di Jasin.

Katanya, Aidilfitri ini, janaan sisa pepejal dijangka akan meningkat iaitu mencecah lebih 250,000 tan seperti tahun lalu.

Justeru, operasi khas akan dijalankan bagi memastikan penduduk mendapat keselesaan menjelang Aidilfitri ini.