SWM SANTUNI ASNAF SERKAM

...

Serkam, 02 April 2023

SERKAM 2 April – Seramai 30 asnaf sekitar Serkam menerima sumbangan barangan asas sempena Program SWM Kasih Santun Ramadan 2023 di Surau Al-Ayubi Kampung Bukit Serkam, di sini, semalam.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM) negeri, Mohd Norlisam Nordin berkata program dijayakan dengan kerjasama Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA).

Katanya pada majlis sama pihaknya turut mengagihkan bubur lambuk kepada penerima dan penduduk sekitar Serkam sebagai juadah berbuka puasa.

“Surau Al-Ayubi ini dipilih kerana ia antara yang aktif melaksanakan aktiviti kitar semula selepas berdaftar dengan SWM pada awal tahun ini.

“Setakat ini pihak surau berjaya mengumpul 1,120 kilogram (kg) barangan kitar semula,” katanya pada sidang media selepas Program SWM Kasih Santun Ramadan di Surau Al-Ayubi, Kampung Bukit Serkam, di sini, semalam.

Program turut dihadiri Timbalan Pengerusi PENDIKA, Nazri Abu Bakar.