SWCORP: LEBIH 1,000 PEKERJA BERSEDIA BERTUGAS BAGI KUTIPAN SISA PEPEJAL SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

...

Seremban, 18 January 2023

Selaras dengan kedatangan Tahun Baru Cina, bagi menghadapi peningkatan janaan sampah pada musim perayaan, SWCorp Negeri Sembilan dan Syarikat SWM Environment Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa mulai 22 Januari (Sabtu) hingga 24 (Selasa) bagi perkhidmatan kutipan sampah.

Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Mohd Norlisam menyatakannya semasa musim perayaan, jumlah sampah di beberapa kawasan menunjukkan peningkatan yang signifikan. Bagi menangani jumlah janaan sampah, pihak syarikat mempunyai 1,270 pekerja dan 247 kenderaan dan jentera yang bersiap sedia pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina agar penduduk yang menyambut perayaan itu selesa menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

Beliau memberitahu bahawa pihak syarikat turut mengenal pasti lokasi tumpuan termasuklah 39 buah lokasi tong sampah pusat di kawasan bandar, 30 lokasi di perumahan flat/ apartment dan 18 buah tong sampah di sepanjang pantai Port Dickson dan beberapa lokasi rekreasi di Negeri Sembilan bagi memastikan tiada limpahan sampah di beberapa lokasi.

Elak Kenderaan Menghalang Laluan.

Mohd Norlisam bersama-sama pegawai daripada pelbagai jabatan, membuat lawatan ke Pusat Pandu Lalu KITARecycle yang terletak di kawasan meletak kenderaan di Majlis Bandaraya Seremban hari ini menyatakan bahawa semasa kedatangan Tahun Baru Cina, kebanyakkan penduduk akan menyambut tetamu yang datang ke rumah mereka. Oleh itu, beliau meminta agar kenderaan penduduk tidak melakukan halangan di laluan lori kompaktor semasa memasuki kawasan taman perumahan bagi mengelak daripada masalah lambakan sampah. Beliau menambah, orang ramai yang menyambut perayaan perlu menjaga alam sekitar sebaik-baiknya.

Beliau menyatakan mengikut data, jumlah sisa dapur dalam bulan Januari tahun 2022 mencecah sehingga 700 tan; pada tahun 2021 akibat kesan daripada epidemik, jumlah sisa dapur pada bulan sama mencecah 600 tan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa Tahun Baru Cina pada tahun ini sisa dapur akan meningkat semula.

Justeru itu, Mohd Norlisam menyeru rakyat agar menyediakan makanan mengikut keperluan ketika menjamu tetamu bagi mengelakkan pembaziran makanan.

Pengasingan Barangan Kitar Semula Beri Sumbangan Kepada Bumi

Dalam kesibukan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, ramai keluarga Cina juga sibuk melupuskan barangan lama untuk menyambut ketibaan tahun baru. Oleh itu, Mohd Norlisam menjelaskan bahawa terdapat program kitar semula KITARecycle yang telah dilancarkan oleh pihak SWM Environment bagi membolehkan rakyat untuk menukar barangan kitar semula kepada tunai melalui program ini.

Apabila orang ramai telah memuat turun aplikasi KITARecycle dan mendaftar sebagai pengguna, mereka boleh memulakan pengasingan sisa yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastic dan lain-lain dan menghantar barangan yang telah diasingkan ke Pusat Pandu Lalu KITARecycle. Bagi barangan bersaiz besar pula boleh diletakkan di ruang khas barangan kitar semula tersebut dan mengumpul mata ganjaran kitar semula untuk ditunaikan kemudian.

Program ini membolehkan rakyat mengasingkan sisa dan menyumbang kepada bumi! Hanya lengkapkan beberapa langkah di aplikasi telefon pintar dan barangan kitar semula yang dikumpulkan boleh ditukarkan kepada wang tunai secara atas talian kepada akaun bank masing-masing. Sebelum kedatangan Tahun Baru Cina, anda boleh mengumpul mata ganjaran kitar semula.

Turut sama hadir termasuklah Puan Siti Yusnita, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Encik Saifullizan, Pengurus Perkhidmatan Kawasa NS 2, Encik Mohd Sazali, SWCorp Negeri Sembilan, Encik Tee Wei Ming, Pengurus Operasi Wilayah Negeri Sembilan dan Encik Mohd Lottfee daripada Majlis Bandaraya Seremban.