PERABOT DAN SAMPAH BERTIMBUN SELEPAS BANJIR DI JOHOR

...

Johor Bahru, 08 March 2023

Perabot dan sampah bertimbun selepas bencana banjir yang melanda negeri Johor.

Pasukan Sukarelawan MCA Negeri Johor tampil membantu mangsa banjir membersihkan sisa banjir termasuk perabot dari rumah mereka untuk dikutip oleh pihak SWM Environment Sdn Bhd (SWM). Perabot rosak dan sampah bertimbun dibersihkan. Jelas ketua sukarelawan, banyak tempat terjejas akibat banjir yang menyumbang kepada jumlah sisa tersebut. 

“Selepas membersih barangan yang rosak seperti perabot, perkakas elektrik dan sampah di rumah mangsa banjir, SWM Environment beri kerjasama untuk mengutip sisa tersebut.”

Beliau dalam kenyataan pada hari ini memberitahu, proses khidmat bantuan tersebut berjalan lancar dengan kerjasama daripada para sukarelawan dan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan kebajikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan SWM Environment. 

Tambah beliau lagi, kerja-kerja bantuan terus dilaksanakan memandangkan banyak tempat terjejas masih perlu dibersihkan. Justeru itu, mereka memerlukan lebih ramai individu yang berminat untuk sertai mereka membantu mangsa banjir.