160 TAN SISA BANJIR TELAH DIKUTIP

...

Johor Bahru, 07 March 2023

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah membersihkan sebanyak 160 tan sisa banjir di enam buah daerah terjejas banjir yang mulai surut paras air.

 
Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin dalam kenyataan pada hari ini, seramai 100 orang anggota barisan hadapan SWM Environment telah digerakkan untuk melaksanakan inisiatif pembersihan pasca banjir di daerah Kluang, Johor Bahru, Segamat, Kulai, Mersing dan Kota Tinggi. lnisiatif tersebut disokong oleh sebanyak 30 buah kenderaan berjentera seperti lori Roll-On Roll-Off (RORO), lori Open Tipper dan jentolak berdasarkan keperluan dan arahan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tentang lnisiatif Pengurusan Sisa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang membabitkan 60 orang anggota SWM Environment di 220 buah PPS. 


Beliau juga menasihatkan penduduk terjejas banjir untuk mengemukakan laporan polis bagi membuat penggantian tong sampah beroda (TSB) yang hilang atau rosak akibat arus banjir. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman www.swmenvironment.com atau boleh hadir ke pejabat SWM Environment yang berhampiran. 


Sebarang pertanyaan, penduduk boleh hubungi Talian lndahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau salurkan melalui Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.