SWM ENVIRONMENT, MDSR CERIAKAN 50 KELUARGA

...

Iskandar Puteri, 01 February 2023

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagihkan kotak makanan kepada 50 penerima sekitar kawasan Simpang Renggam.

 

Penerima sumbangan program CSR SWM Kasih Misi Sampul Merah itu terdiri daripada kalangan ibu tunggal, warga emas dan miskin bandar.

 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, Simpang Renggam menjadi lokasi pilihan SWM Kasih sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

 

Menurutnya, program tersebut mendapat kerjasama pihak Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) di mana 24 orang Ahli Majlis telah bersama mengagihkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

 

“Misi SWM Kasih pada kali ini turut memberi tumpuan kepada golongan rentan dan berpendapatan rendah di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui inisiatif Gerobok Rezeki yang dijalankan oleh pihak MDSR yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat” kata beliau.

 

Sementara itu, Yang Dipertua MDSR, Abdul Hakim Abd Manap menyifatkan program dianjurkan sebagai kesinambungan kerjasama erat antara pihak MDSR dan SWM Environment yang memfokuskan kepada aspek kebajikan golongan memerlukan.

 

“Usaha murni ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban sara hidup penerima sumbangan dan seterusnya menceriakan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina,” kata beliau.