COVID-19: SWM ENVIRONMENT UTAMAKAN KESELAMATAN PEKERJA

...

SEREMBAN, 05 April 2020 Tambahnya, pihaknya sedia maklum bahawa pekerja di lapangan sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko semasa menjalankan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan. Katanya, pihak syarikat bimbang sekiranya pencegahan untuk melindungi diri tidak diamalkan dengan baik semasa menjalankan tugas, pekerja akan berisiko untuk dijangkiti penyakit termasuk Covid-19 secara tidak langsung melalui sentuhan sisa yang telah digunakan seperti tisu dan sebagainya. “Oleh sebab itu, SWM Environment sentiasa menekankan aspek penjagaan keselamatan dan kesihatan diri kepada kakitangan dan pekerja di lapangan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai sarung tangan, alat keselamatan penuh serta menggunakan cecair pembasmi kuman mengurangkan risiko penyakit berjangkit seperti wabak Covid-19 yang sedang melanda. “Pihak syarikat juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan di ketiga-tiga buah negeri bagi menganjurkan taklimat perlindungan diri dan pencegahan penularan wabak Covid-19 kepada kakitangan dan pekerja di lapangan agar dapat meningkatkan kesedaran untuk melindungi diri ketika bertugas,” katanya.

http://