SWM ENVIRONMENT MENANDATANGANI MOU DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UNTUK MENINGKATKAN PEMELIHARAAN SUMBER

...

Muar, 11 January 2023

SWM Environment Sdn. Bhd. dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar dan komuniti dalam membantu negara kita ke arah mencapai 40% kadar kitar semula di seluruh negara menjelang 2025.

Majlis tandatangan ini telah dianjurkan oleh SWM Environment dan telah diadakan di UTHM Kampus Cawangan Pagoh Muar, semalam. Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. dan Professor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM merupakan wakilbagi organisasi masing-masing bertanggungjawab dalam menandatangani MoU tersebut.

Lebih 30 aktiviti telah dijalankan

 Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, “syarikat ini telah mengadakan lebih 30 kolaborasi dengan pihak UTHM melalui program perkongsian ilmu seperti forum webinar yang membincangkan tentang penjagaan alam sekitar, progam Hero Sungai Kita, pengenalan penggunaan perangkap sungai dan pemasangan perangkap sampah Eco Trap, aktiviti plogging bersama komuniti dan kempen Katakan Tidak Kepada Plastik Sekali Guna (No Single Use Plastic Campaign).”

Tambahnya lagi, “melalui program KITARecycle, seramai 1,123 mahasiswa UTHM telah mendaftar sebagai ahli KITARecycle manakala sebanyak 2,873kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut.

“Pihak Syarikat akan membangunkan Hub KITARecycle SWM Environment merangkumi dua kompenen iaitu Pusat Pandu Lalu KITARecycle dan Pusat Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA). Kedua-dua fasiliti ini akan ditempatkan di dalam kawasan UTHM Kampus Pagoh bagi memudahkan warga kerja, pelajar serta penduduk sekitar menjalankan aktiviti kitar semula.”

“Pada masa yang sama, kedua-dua pihak turut bekerjasama dalam siri Jelajah Perkongsian Ilmu bersama Institusi Pendidikan melibatkan 20 buah sekolah rendah di Muar iaitu Jelajah Wira Lestari dan Progam Sustainable Outreach Higher Education Challenge (SOHEC) 2023.”

Turut diadakan program forum bertajuk “Pengurusan Sisa dan Kitar Semula” yang telah sertai seramai 150 orang pelajar dan warga kerja UTHM Kampus Cawangan Pagoh serta tetamu jemputan.