SWM ENVIRONMENT MENANDATANGANI MOU DENGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UNTUK MENINGKATKAN PEMELIHARAAN SUMBER

...

Muar, 10 January 2023

SWM Environment Sdn. Bhd. dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama meningkatkan amalan kitar semula dalam institusi pengajian tinggi dan memupuk kesedaran mengenai program berkenaan kitar semula.

Ini merupakan yang pertama bagi pihak SWM Environment dalam menandatangani memorandum persefahaman bersama universiti tempatan untuk mempromosikan kehidupan lestari kepada para pelajar univesiti dan penduduk tempatan.

Kerjasama ini diadakan untuk meningkatkan aktiviti kitar semula dan membantu negara kita ke arah mencapai 40% kadar kitar semula di seluruh negara menjelang 2025.

Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. dan Professor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM telah menandatangani memorandum persefahaman ini selepas program forum yang diadakan awal pagi bertajuk “Pengurusan Sisa dan Kitar Semula” telah sertai oleh para pelajar UTHM Kampus Cawangan Pagoh dan tetamu jemputan.

Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, “syarikat ini telah mengadakan lebih 30 kolaborasi dengan pihak UTHM melalui program perkongsian ilmu seperti forum webinar yang membincangkan tentang penjagaan alam sekitar, progam Hero Sungai Kita, pengenalan penggunaan perangkap sungai dan pemasangan perangkap sampah Eco Trap, aktiviti plogging bersama komuniti dan kempen Katakan Tidak Kepada Plastik Sekali Guna (No Single Use Plastic Campaign).”

“Pihak Syarikat akan membangunkan Hub KITARecycle SWM Environment merangkumi dua kompenen iaitu Pusat Pandu Lalu KITARecycle dan Pusat Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA). Kedua-dua fasiliti ini akan ditempatkan di dalam kawasan UTHM Kampus Pagoh bagi memudahkan warga kerja, pelajar serta penduduk sekitar menjalankan aktiviti kitar semula.”

“Pada masa yang sama, kedua-dua pihak turut bekerjasama dalam siri Jelajah Perkongsian Ilmu bersama Institusi Pendidikan melibatkan 20 buah sekolah rendah di Muar iaitu Jelajah Wira Lestari dan Progam Sustainable Outreach Higher Education Challenge (SOHEC) 2023.”

Tambahnya lagi, “melalui program KITARecycle, seramai 1,123 mahasiswa UTHM telah mendaftar sebagai ahli KITARecycle manakala sebanyak 2,873kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut.

Professor Ts. Dr. Ruzairi menambah, “Kami mempercayai  selagi masih ada orang yang berusaha memelihara alam sekitar, ia merupakan satu perubahan yang baik dan dapat membantu kesejahteraan persekitaran pada masa akan datang.”

 

Kutipan Sampah Akan Dilakukan Seperti Biasa Minggu Depan

Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, ”Pihak SWM akan melakukan kutipan seperti biasa pada minggu depan dan hari perayaan yang akan datang.”

”Maklumat lanjut mengenai Strategi Operasi Perayaan Tahun baru Cina akan diumumkan pada minggu depan.” Dia berkata.

 Tambahnya lagi, ” Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina, berlaku peningkatan jumlah sampah disebabkan oleh setiap isi rumah akan melakukan pembersihan rumah sebagai contoh, perabot-perabot yang tidak lagi digunakan sperti sofa dan perkakas elektrik.”

 Sebelum itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment menyeru masyarakat supaya menghubungi terus pihak syarikat jika memerlukan bantuan dalam pembuangan sisa terutamanya sisa-sia perabot.

 ”Pada minggu depan, saya akan buat suatu pengumuman istimewa berkenaan hal ini.” katanya.