PUSAT PANDU KITAR SEMULA KUMPUL LEBIH 4 TAN BARANGAN KITAR SEMULA DALAM TEMPOH 2 BULAN

...

Seremban, 14 February 2023

Selepas 2 bulan beroperasi, Pusat Pandu Lalu KITARecycle SWM Environment dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 4 tan barangan kitar semula dan disambut baik oleh orang ramai.

Mohd Norlisam, Pengurus Besar Korporat SWM Environment telah mengadakan sidang media di Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Majlis Bandaraya Seremban pada petang tadi dan menyatakan bahawa 4 tan barangan kitar semula, kertas telah menjadi penyumbang besar iaitu sebanyak 2.7 tan.

Beliau berkata bahawa syarikat dan Majlis Bandaraya telah bekerjasama sejak Disember tahun lalu dengan menyediakan sebuah pusat pandu lalu di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban. Orang ramai hanya perlu mengasingkan, membungkus barangan kitar semula mereka, membawanya dengan kenderaan dan meletakkannya di pusat pandu lalu yang sangat memudahkan.

6,325 Ahli Berdaftar.

Beliau menyatakan bahawa orang ramai boleh memuat turun aplikasi KITARecycle dan mendaftar bagi membolehkan anda mengumpulkan mata ganjaran kitar semula.

Beliau menyatakan bahawa mata ganjaran tersebut boleh ditukar kepada wang ganjaran. Ianya menggalakkan orang ramai untuk mengasingkan barangan kitar semula dalam kehidupan seharian dan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjaga alam sekitar.

Program kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak syarikat sejak tahun 2018 telah berjaya mengumpulkan sehingga 456,662 kilogram barangan kitar semula dan seramai 6,325 ahli didalam program kitar semula berganjaran ini.

Sehingga Januari tahun ini, sebanyak 1,315,978.55 mata ganjaran kitar semula telah ditebus.

Beliau mengakui bahawa sekiranya lokasi kitar semula tidak disediakan dengan betul, ianya akan menjadi tempat bagi orang awam membuang sampah. Oleh itu, pihak syarikat bekerjasama dengan Majlis Bandaraya untuk menyediakan pusat kitar semula di dalam kawasan pihak Majlis Bandaraya dan menyediakan perkhidmatan pandu lalu.

Beliau memberitahu bahawa ini membolehkan orang ramai yang datang ke Majlis Bandaraya mengetahui hal ini dan meningkatkan kesedaran orang ramai dan penglibatan menjaga alam sekitar.

Penduduk di Seremban mempunyai kesedaran penjagaan alam sekitar yang baik.

Ditanya sama ada terdapat segelintir pihak yang mengambil beberapa barangan untuk dibuang sebagai barangan kitar semula dan menghantarnya ke pusat kitar semula, Mohd Norlisam menegaskan syarikat tidak berpendapat sedemikian.

Katanya, orang ramai yang datang ke Pusat Pandu Lalu KITARecycle mempunyai kesedaran tertentu terhadap penjagaan alam sekitar, bukannya membuang barang yang tidak diperlukan di tepi jalan secara rambang.

Beliau juga berkata syarikat akan memberikan bantuan, bergantung kepada sama ada jenis barangan itu boleh dikitar semula atau dibawa ke tempat yang sesuai untuk dilupuskan.

Beliau berkata, penduduk di Seremban mempunyai kesedaran yang baik tentang penjagaan alam sekitar. Setakat ini, syarikat tidak menemui sesiapa yang membuang barangan atau sampah yang tidak boleh dikitar semula di pusat kitar semula.