SWM BEKERJASAMA DENGAN MBS BANGUNKAN FASILITI KITARECYCLE

...

Negeri Sembilan, 14 February 2023

Dalam usaha membudayakan amalan kitar semula, SWM Environment bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam satu usahasama membangunkan fasiliti Pusat Pandu Lalu KITARecycle.

Berkonsepkan pandu lalu, barangan kitar semula yang dikumpul boleh ditempatkan di pusat yanh disediakan secara mudah. 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohamad Norlisam Mohamad Nordin berkata, inisiatif itu diharap dapat meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat sekaligus mengatasi masalah peningkatan sisa pepejal yang tidak dapat dikitar semula.

"Fasiliti ini juga diharap akan dapat membantu masyarakat untuk memulakan aktiviti kitar semula ataupun meningkatkan amalan kitar semula mereka dan secara tak langsungnya menyumbang kepada kelestarian dan juga mesra alam. Dan sudah pasti dengan adanya kitar semula, ianya dapat menyumbang kepada ekonomi kitaran dan jugak mengurangkan beban tapak pelupusan yang mana barang-barang kitar semula tidak perlu dihantar ke tapak pelupusan," katanya ketika ditemui pada Sesi Teh Tarik Bersama Media di Seremban.

Pusat Pandu Lalu KITARecycle beroperasi setiap hari bagi memudahkan urusan kitar semula orang ramai.

Masyarakat juga digalakkan memuat turun aplikasi KITARecycle bagi memperolehkan mata ganjaran dapat dikumpul daripada aktiviti kitar semula yang kemudiannya boleh ditebus kepada wang tunai.

Dalam pada itu, SWM Environment berjaya mengumpulkan lebih empat tan barangan kitar semula sejak dilancarkan pada Disember tahun lalu.