SWM ENVIRONMENT- UTHM SIGN MOU

...

Muar, 17 January 2023

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, SWM Environment Sdn. Bhd. Telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat SWM Kasih Misi Sampul Merah dengan menyalurkan sumbangan kepada keluarga asnaf dan ibu tunggal dan pada masa yang sama, memperkenalkan program mata berganjaran KITARecycle kepada komuniti yang hadir. 

Pihak syarikat sentiasa prihatin terhadap golongan yang memerlukan terutamanya di musim perayaan. Seramai 40 keluarga asnaf dan 10 ibu tunggal telah dipilih untuk menerima sumbangan bagi memudahkan urusan mereka membuat persiapan perayaan.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata selain menghulurkan sumbangan, pihak SWM turut memberikan penerangan dan panduan tentang pengasingan sisa amalan kitar semula yang dapat membantu mereka menambah pendapatan disamping menerapkan amalan kitar semula.

Tambahan, SWM Environment turut melancarkan program mata berganjaran KITARecycle dan menawarakan hadiah kepada individu yang membawa barangan kitar semula lebih 5 kilogram.

Turut hadir, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

SIN CHEW DAILY