UTAMA PEMBERSIHAN TEMPAT AWAM
, 01 April 2020 ORANG ramai perlu memberikan kerjasama dalam pengurusan sisa pepejal yang dijana sebagai sebahagian langkah memutuskan rantaian wabak Covid-19. Pengurus SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Wilayah Melaka/Negeri Sembilan, Dr Al ‘Ashari Othman berkata, berkata sampah yang tidak dibuang dengan betul akan menyebabkan ia diselongkar haiwan liar. “Kerjasama orang ramai diperlukan dalam pengurusan sisa dijana, misalnya tidak membuang sampah di merata-rata semasa meninggalkan rumah untuk membeli makanan atau keperluan harian. “Pengurusan sisa pepejal yang sempurna penting bagi mengelak haiwan liar menyelongkar bungkusan dibuang, sekali gus dapat memutuskan rantaian Covid-19 yang berisiko tinggi kepada orang ramai termasuk petugas SWM Environment,†katanya di Seremban, hari ini. Al`Ashari berkata, pihaknya akan meneruskan operasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan tahap kebersihan di tempat awam terjamin. Menurutnya, kakitangan syarikat itu melaksanakan aktiviti pembersihan di lapangan seperti jadual ditetapkan. Katanya, tumpuan utama termasuk di pasar awam yang masih dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan bekalan keperluan harian. “Walaupun dalam tempoh PKP, aktiviti pembersihan tetap diberikan keutamaan terutama di kawasan tumpuan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19,†katanya. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 3:27 PM