LIMA BUAH TAMAN ZON MERAH.
SEREMBAN, 30 March 2020 Seremban berada di tangga ke-empat antara lokasi yang diwartakan sebagai zon merah. Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama agensi lain bekerjasama dengan mengatur 164 anggota untuk melaksanakan operasi menyahkuman di Ampangan dan Senawang melibatkan sejumlah lima buah taman perumahan. Jumlah kes positif di Seremban masih kekal tinggi dan baru-baru ini menjadi lebih serius. Justeru itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah bersama-sama dengan agensi lain melancarkan operasi menyahkuman secara besar-besaran di lima buah taman perumahan dan diharapkan dapat memperlahankan rantaian wabak. Anggota dari agensi lain telah berkumpul di Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban pada pagi ini bagi persiapan barangan keperluan untuk operasi menyahkuman. Pasukan menyahkuman telah pergi ke lima buah taman perumahan di Senawang dan Ampangan iaitu di Taman Panchor Jaya, Taman Desa Orkid, Taman Seri Pagi, Taman Desa Melor dan Taman Desa Anggerik. Hamdan: Setiap Kawasan Di Seremban Perlu Dinyahkuman Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tuan Hamdan Bin Ali menyatakan operasi bersepadu tersebut melibatkan 164 anggota yang terdiri daripada 50 anggota Bomba dan Penyelamat, 2 anggota Jabatan Kesihatan Negeri, 61 anggota Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, 5 anggota Majlis Bandaraya Seremban, 10 anggota SWCorp Negeri, 20 anggota SWM Environment, 2 anggota SAINS, 4 anggota Jabatan Penerangan, 5 anggota Jabatan Pertahanan Awam. Beliau menyatakan bahawa pihak berkuasa melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Ismail baru-baru ini semua lokasi diklasifikasikan sebagai zon merah perlu dinyahkuman. Jumlah kes positif telah bertambah kepada 100. Pada hari ini, perkara yang dinyatakan seperti diatas kebanyakkannya ialah kes positif di kawasan Senawang dan Ampangan, tempat awam dan beberapa lagi kawasan untuk dinyahkuman yang telah diklasifikasikan sebagai zon merah. Bagi kerja-kerja menyahkuman di dalam tempat awam, 33 anggota Hazmat dan 17 pegawai akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tambah beliau, kerja-kerja menyahkuman juga melibatkan pasar awam yang berada di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan manakala bagi pasaraya adalah dibawah tanggungjawab pengurusan syarikat tersebut.