MELAKA ADA KES INFLUENZA A TETAPI MASIH DI DALAM KAWALAN

...

MELAKA, 14 January 2020 MELAKA ADA KES INFLUENZA A TETAPI MASIH DI DALAM KAWALAN VAKSIN INFLUENZA MENCUKUPI YB Low berkata vaksin influenza mencukupi untuk menghadapi influenza A. Beliau berkata sedemikian di dalam satu majlis menjamu selera bersama pegawai SWCorp dan pekerja SWM. Beliau memuji pekerja SWM rajin dan menjaga kebersihan kawasan pelancongan di bandar Melaka. Mereka mula bekerja sejak 5pagi dan kadang-kadang menamatkan kerja sehingga 8 malam. Beliau berkata kerja-kerja pekerja SWM amat rumit dan susah termasuk menyapu, membersihkan sampah dan mengutip putung rokok. Beliau menyeru semua menghormati pekerja SWM yang banyak berjasa menjaga imej Melaka terutama di kawasan pelancongan. Beliau menyeru semua jangan membuang sampah merata-rata. Seorang penyelia SWM; En Mohd Khir mendapat anugerah pingat PBM sebagai tanda penghargaan sempena harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka baru-baru ini.

http://