SWM Environment Hantar Jengkaut Bagi Kerja Pembersihan Longkang Di Kampung Baru Ayer Kuning

...

TAMPIN, 22 April 2022 SWM Environment telah menghantar satu pasukan anggotan kerja dan jentera pembersihan bagi membersihkan longkang besar di Kampung Baru Ayer Kuning dibawah usaha ahli jawatankuasa kampung itu. Zeng Guixing, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Baru, berpuas hati dengan kerja pembersihan yang dilaksaksanakan selepas melakukan pemeriksaan longkang besar yang sebelum ini dipenuhi dengan rumput, tanah dan pasir. Bagi pihak penduduk kampung, saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Tampin dan SWM Environment. Beliau menekankan bahawa sejak longkang tersebut terhalang beberapa kali dan sekiranya tidak ditangani dengan segerea akan menyebabkan air longkang melimpah apabila hujan turun secara berterusan dan akan menjejaskan beberapa kawasan di dalam kampung ini serta mencetuskan kemarahan orang awam pada masa itu. Beliau memberitahu ramai penduduk kampung pernah mengalami banjir dua kali tahun lepas disebabkan air longkang melimpah dan berhadapan dengan kerugian. Sehingga hari ini, ingatan tersebut masih segar dan mencetuskan panik kepada penduduk.