SWM ENVIRONMENT SDN BHD DAN PSTN BERSAMA-SAMA MEMPROMOSIKAN PROGRAM KITARECYCLE

...

MUAR, 28 March 2022 SWM Environment telah bekerjasama dengan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Pagoh dalam mempromosikan aktiviti aktiviti pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar melalui program KITARecycle. Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam berkata, melalui aktiviti ini, lebih 1000 orang telah mendaftar dan memuat turun aplikasi KITAReycle dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 850 kg barangan kitar semula. Tambahnya, melalui aktiviti inovasi yang dijalankan melibatkan pelajar dan warga PTSN, kita telah berjaya untuk menginovasikan barangan kitar semula kepada produk yang boleh digunakan. Selain itu, sebanyak 6500 pelitup muka telah dikumpulkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti terhadap kesannya kepada persekitaran dan pendedahan cara yang betul menguruskan sisa. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah TikTok Challenge, kutipan barangan kitar semula dan  aktiviti pembersihan pantai secara “plogging.” SIN CHEW DAILY