SWM Environment Sumbang Pelbagai Jenis Perkakasan Elektrik Kepada Mangsa Banjir

...

, 18 March 2022 Aminuddin memberitahu bahawa syarikat SWM Environment Negeri Sembilan telah menyumbang pelbagai jenis perkakasan elektrik kepada mangsa banjir tahun lalu. Dianggarkan bahawa 1,250 buah keluarga telah terjejas dengan bencana banjir dapat dibantu dan mengurangkan bebanan mereka. Adun Sikamat kini merupakan penerima pertama menerima sumbangan barangan elektrik yang disumbangkan oleh syarikat. Beliau memberitahu bahawa SWM Environment turut menggerakkan 266 anggota kerja dan 102 jentera bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan banjir. Turut menyumbang 250 buah jentera air bertekanan tinggi (water jet) kepada PBT dan agensi kerajaan agar mereka dapat menggunakannya pada masa akan datang bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.