SWM ENVIRONMENT TAWAR PEKERJAAN KEPADA 150 GELANDANGAN

...

JOHOR BHARU, 14 March 2022 SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), SWM Kasih Rakan Jalanan dengan mengagihkan sumbangan berbentuk makanan dan perlindungan diri serta melaksanakan Inisiatif Pemadanan dan Penawaran Kerja bersama 150 orang gelandangan di kawasan Pusat Bandar Johor Bahru. Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam bin Mohd Nordin dalam satu kenyataan berharap agar sumbangan berjangka panjang tersebut dapat membantu kelangsungan hidup gelandangan di sekitar kawasan perkhidmatan SWM Environment. Program yang dianjurkan di Pusat Agihan Makanan Gelandangan Johor Bahru tersebut membabitkan seramai 15 orang sukarelawan SWM Kasih dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Khidmat Masyarakat dan Kesihatan PBSM, Datuk Mohd Rashidi Mohd Nor dan Pengurus Kawasan Servis SWM Environment Johor Selatan 2, Encik Mohd Asrif Samion.Â