SUMBANGAN SWM KASIH BANTU RUMAH SEJAHTERA SENAI

...

JOHOR BHARU, 07 March 2022 SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat, Ziarah SWM Kasih Misi Sampul Merah bersama warga emas dari Rumah Sejahtera Senai yang menjadi destinasi terakhir inisiatif berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Menerusi program tersebut, SWM Environment telah menyalurkan sumbangan wang tunai SWM Kasih berjumlah RM1,000 bersama barangan keperluan makanan dan perlindungan kesihatan kepada pengurusan rumah kebajikan berkenaan. Program SWM Kasih Misi Sampul sebelum ini turut diedarkan kepada 50 keluarga berpendapatan rendah dan terjejas banjir dari Mukim Mersing baru-baru ini.Â