SWM ENVIRONMENT MENJALANKAN PROGRAM PENGKOMPOSAN MENGUMPUL SISA MAKANAN SEBANYAK 9184 KG

...

BATU PAHAT, 23 February 2022 Usahama diantara SWM Environment Sdn. Bhd. dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam program Pengkomposan Makanan telah mengumpulkan sebanyak 9184.5 kg sisa makanan sejak program ini diperkenalkan pada bulan Februari tahun lepas. Tuan Haji Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM mengatakan bahawa program ini telah dijalankan bersama penduduk Taman Universiti dan Taman Pura Kencana dalam usaha mengumpulkan sisa makanan untuk dijadikan sebagai baja kompos. Kita juga menjalankan aktiviti kutipan kitar semula. Walaupun jumlah penyertaan hanyalah 50 orang sahaja, tetapi jumlah kutipan barangan kitar semula mencecah 4327 kg setakat ini. Jumlah kutipan yang tinggi ini membuktikan bahawa kerjasama yang erat diantara pihak komuniti memberi kesan terhadap kesedaran masyarakat berkenaan pemeliharaan alam sekitar. SIN CHEW DAILY