Bantuan Bekalan Perayaan Tahun Baru Cina SWM Environment untuk B40

...

, 30 January 2022 Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, SWM Environment Sdn. Bhd menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, telah mengagihkan bantuan kepada 40 orang golongan B40 kepada komuniti Taman Bukit Indah, Ayer Hitam dalam membantu meringankan beban mereka ketika menyambut perayaan itu nanti. Pihak SWM Environment amat menitikberatkan keselamatan komuniti dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Bantuan telah diagihkan secara rumah ke rumah kepada mereka yang menerima bantuan. SIN CHEW DAILY