SWM Environment Negeri Sembilan Beroperasi Seperti Biasa Semasa Tahun Baru Cina

...

PORT DICKSON, 28 January 2022 Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Yang Berhormat Teo Kok Seong mendedahkan bahawa SWM Environment akan beroperasi seperti biasa semasa Tahun Baru Cina dan 1,150 orang pekerja akan bertugas pada hari pertama Tahun Baru Cina dan pada hari kedua pula seramai 1,224 orang pekerja bertugas bagi membuat kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Beliau memberitahu pada tahun sebelum ini, pantai Port Dickson dan kawasan perumahan terdapat banyak janaan sisa dijana pada musim perayaan. Oleh itu, pihak syarikat akan menghantar pekerja untuk bertugas bagi memastikan sampah yang dijana semasa dua hari perayaan tersebut dapat diuruskan dengan baik. Beliau juga memberitahu bahawa SWM Environment juga akan menggerakkan 169 kenderaan kutipan sampah bagi membuat kutipan sampah. Dalam masa yang sama, SWM Environment Negeri Sembilan juga menjalankan kerja-kerja pembersihan pantai 7 kali sehari bagi dua hari sambutan perayaan itu. Beliau menggesa pengunjung untuk membawa beg sampah sendiri dan memastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah dan tidak menjadi ‘ulat sampah’. Sekiranya tong sampah didapati penuh, pengunjung perlu membawa sampah itu untuk dilupuskan di tempat lain yang sesuai. Teo Kok Seong berada di sidang media pada pagi ini di Pantai Saujana, Batu 4 Jalan Pantai, Port Dickson. Turut sama hadir Tuan Haji Mohd Norlisam Bin Haji Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWm Environment, Tuan Mohd Zahir Bin Mohd Shari, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan. Teo Kok Seong memberitahu bahawa kerajaan tempatan sentiasa berusaha memastikan kebersihan kawasan sekitar dan pantai. Jika orang ramai mempunyai aduan, mereka boleh menghubungi SWM Environment dan SWCorp melalui talian hotline.