SWM Environment Menyampaikan Sumbangan Kepada Warga Emas Rumah Sejahtera Mahsan.

...

BAHAU, 21 January 2022 SWM Environment menyambut Tahun Baru Cina dengan menyampaikan sumbangan di Rumah Sejahtera Mahsan. SWM Environment melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat pada pagi ini bersama 15 warga emas di Rumah Sejahtera Mahsan bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. SWM Environment Negeri Sembilan melawat Rumah Sejahtera Mahsan dan menyampaikan barangan keperluan kepada warga emas serta turut menyumbang RM1,000 kepada rumah jagaan tersebut.   Exco Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong turut dijemput hadir untuk merasmikan majlis pada pagi ini dan menyatakan, SWM Environment Negeri Sembilan sentiasa mengadakan aktiviti dalam membantu golongan kurang berkemampuan dan prihatin kepada komuniti setempat. Beliau berharap syarikat-syarikat lain dapat mengikuti contoh yang dilakukan oleh SWM Environment.   Teo Kok Seong Menyampaikan Angpau  Turut sama hadir pada pagi ini termasuk Encik Abd Rahman, Penyelaras Dun Serting, Puan Siti Yusnita, SWCorp Negeri Sembilan. Beliau memberitahu walaupun pihak syarikat sentiasa melakukan kerja pembersihan, SWM Environment turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat. Beliau amat berterima kasih kepada SWM Environment atas kerjasama yang diberikan kepada kerajaan negeri beberapa tahun ini bagi menyelesaikan masalah sampah khususnya di Jempol. Banyak pembaharuan telah dilaksanakan dan kecekapan dalam kitar semula serta menangani masalah sampah haram. Beliau memuji kerja keras yang dilaksanakan oleh Pengarah Rumah Sejahtera Mahsan dalam menjaga warga emas bukanlah kerja mudah. Menjalankan rumah jagaan memerlukan penjagaan rapi. Teo Kok Seong turut menyampaikan angpau kepada warga emas dan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka.