1,151 Tan Janaan Sisa Pepejal Pasca Banjir Di Negeri Sembilan

...

SEREMBAN, 29 December 2021 Sebanyak 1,151 tan janaan sisa pepejal pasca banjir direkodkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan setakat semalam. Pengarahnya, Mohd. Zahir Shari berkata, jumlah tersebut melibatkan empat buah daerah yang terjejas banjir pada 18 dan 19 Disember lalu iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jelebu. Jelas beliau, janaan sisa pepejal berkenaan termasuk dari kawasan taman-taman perumahan dan perkampungan. Anggaran kapasiti sisa pepejal pasca banjir bagi tempoh seminggu di Seremban ialah 427 tan, Port Dickson sebanyak 371 tan, Jelebu sebanyak 309 tan dan Rembau pula sebanyak 44 tan. Janaan ini melibatkan kawasan perkhidmatan konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan juga lokasi yang dibantu oleh SWCorp Negeri Sembilan melalui misi bantuan pembersihan pasca banjir kelolaan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya hari ini.