SWM Environment Beri Sumbangan Kepada 30 Penerima Sempena Deepavali

...

MELAKA, 28 October 2021 SWM Environment Sdn. Bhd (SWM Environment) menyumbang barangan makanan asas dan perlindungan diri kepada 30 penerima yang kurang bernasib baik sempena sambutan Deepavali tahun ini. Program SWM Kasih juga adalah usaha bagi menghidupkan semangat bermasyarakat untuk membantu golongan sasaran dalam pelbagai bentuk dan pada kali ini mensasarkan Kuil Sri Suntharamoorthy Vinayagar iaitu rumah ibadat penganut agama Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi. SWM Environment Melaka melalui program SWM Kasih Cahaya Deepavali adalah salah satu usaha mendekati masyarakat India khususnya yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Dengan sumbangan ini, diharap dapat memberi keceriaan kepada penerima dan seterusnya membantu mereka membuat persediaan bagi menyambut perayaan Deepavali.” kata Tuan Haji Mohd Norlisam Haji Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment. SWM Environment juga sentiasa menggalakkan mana-mana rumah ibadah untuk mendaftar dengan KITARecycle dan seterusnya menjadi pusat sehenti bagi pengumpulan bahan kitar semula oleh penduduk sekitar. Â