Kesedaran Rakyat Malaysia Terhadap Penjagaan dan Kebersihan Alam Sekitar Semakin Baik Kearah Negara Maju

...

PORT DICKSON, 18 September 2021

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir menyatakan bahawa negara telah bergerak kearah negara maju, kesedaran penjagaan dan kebersihan alam sekitar tidak berhenti. Beliau memberitahu bahawa pembangunan dan kemudahan kenderaan telah banyak berkembang, oleh itu, penjagaan alam sekitar juga ialah sebahagian daripada kehidupan kita. Beliau memberitahu pihak kerajaan Negeri Sembilan telah memasuki fasa ketiga pelan pemulihan negara. Port Dickson dipenuhi dengan pengunjung setiap kali cuti hujung minggu terutamanya ketika cuti sekolah. Pihaknya masih melihat ada lagi pengunjung yang meninggalkan sampah di pantai. Walaupun masih ada pengunjung meninggalkanssampah di pantai Port Dickson, hal itu telah semakin berkurangan dan masih boleh diperbaiki lagi. Beliau telah menyatakannya pada pagi ini, ketika beliau menghadiri program World Clean Up Day 2021 iaitu kempen pembersihan pantai yang dilaksanakan di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson. Pihak SWCorp Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar, Politeknik Nilai, Politeknik Port Dickson, Lions Club Port Dickson Pantai dan Majlis Belia Port Dickson turut serta dan lebih 50 peserta terlibat. Turut sama hadir Mohd Zamri Bin Mohd Esa, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson. Mohd Zahir memberitahu bahawa World Clean Up Day pada tahun 2021 ialah bermula dari 8 hingga 19 September 2021 dan menjadi acara penting. Objektif acara ini ialah meningkatkan kesedaran orang ramai supaya menjaga kebersihan dan bertanggungjawab. Beliau memberitahu terdapat 19 buah pantai di Port Dickson, 15 daripadanya dibersihkan oleh SWCorp sebelum jam 8 pagi setiap hari dan 4 buah pantai lagi dibersihkan tiga kali seminggu. Pihaknya juga telah menyediakan 221 buah tong sampah pelbagai saiz. Bagi aktiviti pertandingan sampah terkumpul semasa pembersihan pantai, sebanyak 77kilogram sampah kitar semula dan 62.5kg ialah sampah biasa/ makanan. Pemenang tempat pertama ialah wakil daripada Politeknik Port Dickson, En Muhammad Hilmi yang mengumpul sebanyak 24.5kg, tempat kedua, Encik Delon Moh, Lions Club Port Dickson sebanyak 19.75 dan tempat ketiga, Puan Samsinor, daripada Politeknik Nilai mengumpul sebanyak 17.5kg.