SWM Environment Negeri Sembilan Meminta Orang Ramai Kitar Semula Botol Kaca

...

SEREMBAN, 02 July 2021 SWM Environment Negeri Sembilan meminta orang ramai untuk mengitar semula botol kaca dan mengumpulkan mata ganjaran kitar semula KITARecycle. Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Mohd Norlisam mengeluarkan kenyataannya memaklumkan bahawan pengurangan janaan sampah dapat dilakukan melalui amalan kitar semula. Orang ramai boleh mengumpulkan mata ganjaran kitar semula melalui program KITARecycle untuk ditukarkan kepada wang tunai. Botol kaca mestilah tidak rosak atau pecah dan penutup botol perlu diasingkan daripada botol kaca tersebut, meletakkan botol kaca di dalam bekas tahan tusuk dan menampal kod QR KITAREcycle bagi membolehkan pengumpulan mata ganjaran KITARecycle. Beliau menyatakan bahawa orang ramai boleh meletakkan bungkusan botol kaca di tepi tong sampah beroda sekali seminggu. Beliau menggalakkan orang ramai untuk menyertai kempen kitar semula bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pelepasan gas karbon dioksida. Orang ramai yang berminat untuk menyertai KITARecycle, boleh melayari laman web kitarecycle.com atau memuat turun aplikasi di telefon pintar.