Kembara Sahur SWM Environment Hargai Frontliner

...

MELAKA, 22 April 2021 SWM Environment mengambil inisiatif mengedarkan pek makanan sahur sebagai menghargai jasa petugas barisan hadapan menerusi program SWM Kasih Kembara Sahur. Antara yang menerima perhatian termasuklah anggota pasukan beruniform polis dan bomba serta pekerja pembersihan. Edaran pek makanan sahur telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Bukit Beruang dan lokasi bertugas pekerja pembersihan SWM Environment Melaka di sekitar pusat bandar. Turut hadir mengedarkan pek makanan sahur ialah Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin. -MF-