SWM ENVIRONMENT - ORANG RAMAI PERLU AMAL BAWA BEKAS SENDIRI

...

JOHOR BHARU, 21 April 2021 SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menggalakkan orang ramai membawa bekas juadah dan beg guna semula sendiri ketika berbelanja di bazar Ramadan bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang kebanyakannya digunakan sebagai bungkusan barangan oleh para peniaga. Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, bulan Ramadan lazimnya merekodkan peningkatan sisa terutama sisa bungkusan plastik yang memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar dan jangka hayat tapak pelupusan. “Oleh itu, SWM Environment menggalakkan orang ramai membungkus juadah mereka menggunakan bekas dan beg guna semula. Budaya baharu tersebut tidak mustahil akan dapat mengurangkan penggunaan plastik dan penghantaran sisa ke tapak pelupusan,” beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Progrm Bubur Lambuk Johorfm di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar semalam. Beliau turut menekankan keperluan untuk berbelanja juadah secara berhemah selari dengan Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran sepanjang bulan Ramadan yang selalunya menyaksikan peningkatan sisa makanan sehingga 20 peratus. SWM Environment menyambut baik penganjuran Program Bubur Lambuk Johorfm yang menggunakan bekas una semula bagi tujuan pembungkusan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.Â