25 KELUARGA BATU PAHAT DAN YONG PENG TERIMA SUMBANGAN SEMPENA SWM KASIH SANTUN RAMADAN

...

BATU PAHAT, 08 May 2021 SWM Environment meraikan bulan Ramadan bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP) dan 25 buah keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar  daerah Batu Pahat dan Yong Peng hari ini, di sini. Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam berkata, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah sebagai usaha murni untuk menyantuni golongan yang memerlukan khususnya anak anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan. Harap sumbangan tersebut dapat meringankan  bebanan mereka. Katanya, sumbangan Kit SWM Kasih Santun Ramadan yang merupakan barangan keperluan asas seperti beras, susu, tepung, minyak masak, gula dan sebagainya. Turut diedarkan kuih-muih tradisional bagi menyambut hari raya aidil fitri. Tambahnya, SWM turut menghulurkan sumbangan bagi tujuan pembangunan dan keperluan tambahan kepada PKAYIBP. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil pihak SWM Environment iaitu Pengurus Servis Kawasan (Johor Utara), Dr. Peter Looi Yat Seong. Selain itu, Katanya, SWM Environment turut melancarkan kempen 3R Ramadan Sifar Sisa Makanan dengan kerjasama SWCorp Batu Pahat bagi menggalakkan amalan kawalan pembaziran sisa makanan di beberapa lokasi bazar Ramadan di sekitar Batu Pahat. Diharap orang ramai dapat meningkatkan kesedaran tentang mengurangkan penjanaan  sisa makanan. Sin Chew DailyÂ