40,000 MURID TERLIBAT KURANGKAN KARBON MELALUI PROGRAM IMELC

...

JOHOR BHARU, 12 November 2018 Pertandingan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) yang dianjurkan sejak tahun menjadi saluran untuk mendidik murid tentang kepentingan penjimatan air, pengurangan penggunaan elektrik dan pengamalan gaya hidup kurang karbon. Perasmian Penutup Pertandingan IMELC 2018 yang berlangsung kelmarin telah disempurnakan oleh wakil Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kemelah, Dr. Sulaiman Mohd Nor. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Penolong Pengarah Sains, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Amiruddin Abd. Manaf, Pengarah Pusat Penyelidikan Pengurangan Karbon Asia-Universiti Teknologi Malaysia, Prof. TPr. Dr. Ho Chin Siong dan Pengarah Eksekutif, SWM Environment Sdn. Bhd., Dr. Uzir Abdul Malik. Edisi 2018 ini telah menyaksikan peningkataan penyertaan kepada 403 buah sekolah dengan melibatkan seramai 40,000 orang murid. Dalam pada itu, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shahilon Abd. Halim pula berkata program IMELC mendapat sambutan mengalakkan dan selari dengan perancangan JPNJ untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan guru dan murid tentang alam sekitar. Tambahnya, program berkenaan juga membentuk kesedaran dalam kalangan murid tentang pengurangan karbon dan amalan hijau dalam bandar.