60 KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DARI KULAI TERIMA SUMBANGAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

...

KULAI, 12 November 2018 SWM Environment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Pusat Komuniti ADUN Senai telah menganjurkan program SWM Kasih Deepavali dan menyalurkan sumbangan keperluan dapur kepada 60 keluarga kurang berkemampuan. Program yang berlangsung di Lorong Ismail, Kulai tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor, Dr. S. Ramakrishnan dan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Senai, Tee Boon Tsong, Pengarah Eksekutif, SWM Environment, Dr. Uzir Abdul Malik dan Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, Mohd. Zan Arris. Tetamu undangan telah menyempurnakan seni Rangoli yang diperbuat daripada 20 ribu batang penyedut minuman. Pembuatan Rangoli berkenaan sebagai gimik membentuk kesedaran awam tentang amalan kitar semula. Selain menyalurkan sumbangan dan meraikan keluarga yang terpilih, program tersebut turut mengadakan tayangan filem Tamil secara pecuma kepada orang awam.