LIOW “ SISTEM MAKLUMAT DIBENTUK, SALUR BANTUAN DENGAN BERKESAN KEPADA IBU TUNGGAL

...

ISKANDAR PUTERI, 17 December 2018 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor, Liow Cai Tung memaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah membentuk sistem maklumat ibu tunggal bagi memudahkan penyaluran bantuan dengan berkesan. Jelasnya, segelintir ibu tunggal memerlukan bantuan tapi atas faktor tertentu tidak dapat menerimanya dan sebahagiannya lagi mendapat bantuan secara berlebihan daripada sepatutnya. Sistem maklumat ibu tunggal yang lengkap diperlukan bagi memudahkan Kerajaan menyalurkan bantuan dan tidak berlaku sebarang pertindihan. Beliau berkata demikian ketika menghadiri program tanggungjawab sosial korporat (CSR), SWM Kasih Christmas Trip anjuran SWM Environment yang membawa seramai 30 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan berkunjung ke Taman Tema LEGOLAND. Tambah beliau lagi, pihak Kerajaan atau swasta yang menganjurkan sebarang bentuk program kebajikan perlu memperincikan maklumat dan memastikan bantuan yang disalurkan dengan tepat. Beliau turut menekankan tentang Program Kembali ke Sekolah yang bukan sahaja dianjurkan oleh pihak Kerajaan malah turut dilaksanakan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, beliau berharap agar lebih banyak NGO dan swasta khususnya di sekitar kawasan Pasir Gudang tampil menyumbang kembali kepada masyarakat setempat. Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, Mohd. Zan Arris. Summary: SWM Johor South organised SWM Kasih Christmas Trip to LEGOLAND ith 30 unfortunate children from Rumah Pertubuhan Kebajikan Vision which was attended by EXCO Johor, YB Liow Cai Tung.