SWM ENVIRONMENT SDN BHD KUTIP SAMPAH SEPERTI BIASA.

...

SEREMBAN, 18 March 2020 SWM Environment membuat kutipan sampah seperti biasa ketika tempoh 14 hari kawalan pergerakan. Pihak syarikat meminta orang ramai untuk tidak berasa risau berkenaan kerja kutipan sampah sepanjang tempoh kawalan pergerakan 14 hari. Pekerja akan datang membuat kutipan dari-pintu-ke-pintu untuk menguruskan kutipan sampah mengikut jadual seperti yang telah ditetapkan di taman-taman perumahan. Syarikat SWM Environment merupakan syarikat perkhidmatan yang penting. Justeru itu, pekerja pembersihan yang bertugas juga diambil perhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan tahap kesihatan pekerja yang berada diluar adalah baik. Dalam kenyataan SWM, syarikat bertanggungjawab dengan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Oleh itu, tahap kesihatan pekerja diutamakan. SWM juga turut menasihati pekerja untuk mematuhi tahap piawaian operasi (SOP) dengan memakai sarung tangan serta alat keselamatan yang sempurna ketika melaksanakan tugas dengan mengekalkan kebersihan diri menggunakan pembersih tangan atau mencuci tangan menggunakan sabun. Pihak syarikat juga akan sentiasa mengikuti perkembangan berita daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan dan juga media cetak serta elektronik berkaitan wabak virus Corona untuk memastikan perkhidmatan kepada orang ramai berjalan lancar tanpa menjejaskan jadual kerja.