TEO KOK SEONG: MEMPROMOSIKAN PENGASINGAN SISA BAGI MEWUJUDKAN BANDAR BERSIH

...

BAHAU, 30 January 2019 Adun Bahau, YB Teo Kok Seong memberitahu promosi pengasingan sisa di Bahau dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran bandar yang bersih dan sihat. SWM Environment telah mempromosikan pengasingan sisa pepejal dengan memberikan ganjaran kepada penduduk yang melaksanakan pengasingan sisa pepejal. Beliau baru-baru ini telah merasmikan program KITAR3cycle yang dianjurkan oleh SWM Environment dan meminta kerjasama penduduk. Beliau memberitahu bahawa terdapat lima buah taman yang terpilih di Seremban dan Port Dickson bermula tahun lepas telah menerima maklum balas positif. Oleh itu, beliau menggesa syarikat untuk memperluaskan lagi penglibatan taman-taman perumahan. Mohd Zahir Shari, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan memberitahu agensi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kutipan serta tatacara untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Memandangkan syarikat mempromosikan pengasingan sisa pepejal di punca, sehingga hari ini hanya 26 notis telah dikeluarkan kepada mereka yang gagal mematuhinya. Ini menunjukkan penduduk mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Norlisam, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment menerangkan mata ganjaran yang dikumpul boleh ditukarkan dengan hadiah ataupun baucar membeli-belah. Penduduk yang perlu mendaftar dengan SWM Environment dan kemudian menerima pelekat kod bar untuk dilekatkan diatas beg plastik barangan kitar semula bagi mengumpul mata ganjaran. Beliau juga turut memaklumkan 20 buah taman terlibat dalam program KITAR3cycle.