SWCORP MENANGKAP 26 INDIVIDU YANG MEMBUANG SAMPAH DALAM MASA 3 TAHUN.

...

PORT DICKSON, 23 February 2019 Mohd Zahir Bin Sahri, Pengarah SWCorp Negeri Sembila menyatakan seramai 26 orang telah didapati bersalah kerana gagal melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca yang telah berkuatkuasa sejak 2016. Namun begitu, beliau masih percaya bahawa keadaan di Negeri Sembilan masih dalam keadaan baik. Bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi, beliau akan melakukan pendidikan berterusan untuk orang ramai mematuhi perlaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca. Mohd Zahir ditanya ketika menghadiri sesi sidang media selepas perasmian Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah di Kondominium PD Perdana. Beliau memberitahu aktiviti ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pengurusan sampah. Beliau turut menyatakan bahawa walaupun Malaysia telah merdeka lebih daripada 60 tahun, 60% rakyat masih belum tahu cara menguruskan sampah dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. “Terdapat juga situasi tong sampah yang disediakan hanya berjarak 10 meter di hadapan orang awam, dan orang awam masih tidak mahu membuang sampah ke dalam tong sampah”. Oleh itu, beliau berharap melalui pendidikan berterusan dapat meningkatkan kesedaran orang awam. Sudah tentunya ianya adalah tabiat yang baik dan perlu disemai sejak daripada usia muda. Ibu bapa harus memainkan peranan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak agar mereka akan mengikuti perlakuan ibu bapa mereka. Turut hadir YB Teo Kok Seong dan wakil daripada SWM Environment, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman. Teo Kok Seong: Negeri Sembilan Menolak Sisa Daripada Luar. Dalam masa yang sama YB Teo Kok Seong, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru menyatakan slogan kerajaan Negeri Sembilan adalah Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Termasuklah kebersihan alam sekitar. Oleh itu, sisa kitar semula dari luar tidak sama sekali dibenarkan beroperasi di Negeri Sembilan. Beliau memberitahu banyak kilang-kilang di Selangor yang melakukan operasi sisa kitar semula dari luar negara telah ditutup dan pengusaha-pengusaha tersebut sedang mencari alternatif untuk beroperasi di luar kawasan. Negeri Sembilan menolak untuk menjadi lokasi pemprosesan sisa kitar semula dari luar. Aplikasi KITAR3cycle Galak Kitar Semula KITAR3cycle menggalakkan ramai orang untuk melakukan kitar semula dan mengurangkan masalah sampah. SWM Environment juga turut mempromosikan aplikasi KITAR3cycle di kawasan rumah bertingkat serta menyeru penduduk untuk melakukan kitar semula. Aplikasi dalam telefon masih lagi dalam peringkat percubaan bagi beberapa buah taman perumahan di Bahau, Nilai, Port Dickson dan Seremban serta dalam perancangan memperluaskan lagi kepada lebih banyak kawasan perumahan lain pada masa akan datang. Ahli berdaftar boleh menukar barangan kitar semula ke dalam bentuk mata ganjaran yang kemudiannya boleh ditukar kepada barangan ataupun baucar. Pihak SWM akan melaksanakan kutipan dan memasukkan mata ganjaran mengikut barangan yang dikitar semula oleh penduduk dan ahli berdaftar boleh memeriksa mata ganjaran melalui aplikasi dalam telefon pintar. Pihak syarikat akan menyediakan kod bar kepada ahli berdaftar bagi memudahkan ahli mengumpul mata ganjaran.