SWM ENVIRONMENT MEMBERSIHKAN LONGKANG DI HADAPAN KEDAI BANDAR EKAR, RANTAU.

...

RANTAU, 24 April 2019 Dengan bantuan daripada Ahli Majlis Rembau, masalah longkang tersumbat di hadapan kedai Bandar Ekar Rantau telah berjaya diselesaikan. Peniaga amat menghargai kecekapan syarikat SWM Environment. Encik Liang menyatakan longkang tersebut telah lama tersumbat. Semasa cuaca kering dan berangin bau busuk longkang telah menyebabkan peniaga tidak tahan dengan bau busuk. Setelah menerima laporan daripada peniaga, beliau telah menghubungi SWM dan kerja pembersihan dilakukan pada hari berikutnya.